Tema Hari Hak Asasi Manusia Sedunia tahun ini ialah ‘Mendokong kelainan, menghapuskan diskriminasi’.

Bersempena dengan sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada Disember 10, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon berkata dalam kenyataan medianya, “Diskriminasi berciri mensasarkan individu dan kumpulan yang mudah diserang, misalannya OKU, wanita, kanak-kanak, orang miskin, pendatang, minoriti serta sesiapa yang dipandang khalayak umum sebagai mempunyai kelainan.

“Tidak mungkin ada sebuah negara yang bebas daripada diskriminasi. Kita melihat diskriminasi di mana-mana jua dan dalam pelbagai bentuk: yang baru dan yang lama, yang secara terselindung dan yang menonjol, dalam ruang awam dan ruang peribadi. Diskriminasi adakalanya dijelmakan sebagai rasisme yang dikerjakan institusi kerajaan, perselisihan etnik, bab-bab ketidaktoleranan, ataupun penulisan sejarah rasmi negara dengan tanpa memberi tempat kepada identiti kaum-kaum lain.???

Beliau juga menyatakan rasa bimbangnya terhadap gejala “politik baru xenofobia??? yang nampaknya mula menular di sesetengah negara.

Pesuruhjaya Tinggi untuk hak asasi manusia PBB Navi Pillay pula berkata diskriminasi berasaskan kaum dan etnik adalah di antara bentuk diskriminasi yang paling merbahaya; begitu juga dengan diskriminasi berasaskan agama dan kepercayaan. Dalam kes-kes terdesak, keadaan ini boleh membawa kepada konflik dan pembunuhan.

Wanita, puak minoriti serta orang asal lazimnya merupakan antara mangsa-mangsa diskriminasi, katanya lagi. Menurut Navi, kaum wanita hanya memperolehi 10 peratus daripada pendapatan dunia dan memiliki kurang satu peratus daripada harta kekayaan dunia walhal sumbangan mereka – jika diukur mengikut jumlah jam bekerja – ialah amat besar.

Dalam pada itu, dianggarkan pribumi adalah seramai 370 juta orang di serata dunia ataupun lima peratus daripada penduduk dunia tetapi mereka merupakan sehingga 15 peratus daripada penduduk paling miskin.

Navi berpandangan “diskriminasi hanya mendorong kepada syak wasangka, perasaan dendam, kekerasan dan penganiayaan, jenayah dan kegelisahan. Diskriminasi tidak membuahkan hasil kerana dari segi ekonomi, amalan ini akan mengurangkan produktiviti. Ianya langsung tidak menguntungkan masyarakat am.???

Sementara itu, wakil Resident Coordinator PBB di Malaysia Kamal Malhotra berkata terdapat sembilan buah perjanjian teras antarabangsa bagi melindungi hak-hak asasi manusia yang sudah dipersetujui ahli-ahli PPB.

Namun Malaysia menandatangani serta mengesahkan dua buah perjanjian sahaja yang melibatkan kanak-kanak dan wanita, iaitu CRC (Convention on the Rights of the Child) dan CEDAW (Convention on the Elimination of all forms of Discrimination Against Women).

Antara yang masih belum ditandatangani Malaysia sehingga hari ini ialah CERD (Convention on the Elimination of all forms of Racial Discrimination), sebuah perjanjian yang diwujudkan pada tahun 1965 bagi menghapuskan segala bentuk diskriminasi ras. – cpiasia.net

_______________________________________________

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang bertarikh Disember 10, 1948 mengandungi 30 perkara. Perkara-perkara tersebut kebanyakannya menekankan prinsip kesetaraan dan menegah seseorang manusia itu dipinggirkan atau dikecualikan atas dasar diskriminasi.

PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT

Perkara 1

Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Perkara 2

Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain.

Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, beraùanah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya.

Perkara 3

Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. [Untuk membaca sepenuhnya jaminan Perkara-Perkara 3-30, sila ke laman Pesuruhajaya Tinggi untuk Hak Asasi.]