Sementera peminat dan pemerhati politik tanahair tidak sabar-sabar menunggu hari mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula nampak seolah-olah menjalankan latihan ‘khidmat negara’ bagi pihak Barisan Nasional (BN).
Parti pemerintah yang wakil Umno-nya memegang portfolio Menteri Penerangan telah menawarkan jangkamasa 10 minit untuk Pakatan Rakyat (PR) menjelaskan manifesto pilihanraya mereka melalui media rasmi nasional, yakni saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim, masa singkat yang ditawarkan itu adalah memadai bagi PR untuk menjelaskan ketetapan dan halatuju politik mereka. Memang tawaran yang dibuat oleh Rais tidak masuk akal. Namun pada hakikatnya, menteri itu bukan berseloroh tetapi bercakap sungguh.
Memandangkan tawaran 10 minit tersebut kurang munasabah maka terpaksalah SPR mencelah dengan mengemukakan alasan bahawa telah timbul salah faham. Mengikut tafsiran SPR, 10 minit yang diberikan itu kononnya merujuk kepada satu segmen sahaja dalam siri rancangan yang akan dilanjutkan. Tindakan masuk campur SPR itu adalah untuk tujuan ‘damage control’ (mengelak daripada kerajaan menanggung malu).
Namun niat asal SPR tidak mampu diselindung. Badan itu kelihatan menutup sebelah mata kepada kerajaan menggunakan monopolinya ke atas media rasmi (dan banyak media cetak yang dimiliki parti-parti politik) untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya.
Kawalan ketat media oleh BN menjanjikan bahawa orangramai – terutamanya pemilih luar bandar dan kaum Melayu – hanya akan dibenarkan terdedah kepada liputan berita positif tentang parti pemerintah manakala gabungan PR pula dimomokkan serta pencapaian mereka diremehkan.
Keputusan yang diambil PR untuk menolak tawaran RTM itu adalah bertepatan. Pemimpin pembangkang telah mengibaratkan tawaran 10 minit tersebut sebagai sebuah "jenaka" dan penghinaan terhadap hak kebebasan akhbar.
Malah manipulasi media menjadi salah satu batu asas yang memungkinkan kelangsungan rekod luarbiasa BN menjangkaui tempoh 50 tahun yang mana BN selalu berjaya menang pilihanraya. Jadi ia tidak menghairankan bahawa BN dan konconya SPR mengkehendaki tipu muslihat mereka itu dikekalkan sahaja tanpa sebarang gangguan.
Pendekatan media nasional yang sering melebihkan BN akan berterusan andaikata pihak berkepentingan masih lagi enggan membuat pendirian tegas untuk menghapuskan amalan berat sebelah ini.
Meskipun media bukan faktor penentu keputusan pilihanraya di Malaysia, namun ia berperanan mempengaruhi pemikiran khalayak umum serta cara bagaimana mereka membuat keputusan mengundi. Maka dengan itu, media mesti bebas kerana ianya tidak adil jikalau sesebuah pasukan didesak untuk bertarung di padang permainan yang senget.
Rakyat Malaysia harus mempunyai akses kepada media yang berciri terbuka dan adil, dan bukannya disaji dengan propaganda BN dan iklan-iklan politik pro-BN yang melambak-lambak melalui syarikat media seperti the New Straits Times, The Star, Utusan Malaysia, dll yang berkait rapat dengan BN.
Sebelum ini, para pemimpin pembangkang pernah menuntut agar mereka diberikan akses setara kepada media arus perdana dan stesen televisyen nasional.
Maka ia membingungkan untuk melihat sikap acuh tak acuh pembangkang yang sekarang melepas tangan dalam isu ini.
Tidakkah pembangkang sedar bahawa kekangan akses kepada media merupakan satu penghinaan terhadap proses demokrasi? Manakala RTM berhasrat mengehadkan pembangkang kepada tempoh singkat 10 minit, BN sebaliknya diberikan liputan bertali-arus.
Sekatan akses media akan menghindar, kalaupun tidak mencantas peluang PR untuk menambil alih tampuk kuasa. Ini adalah kerana media mempunyai daya potensi “gamechanger” (memenangkan sesuatu pihak).
Jadi sepatutnya PR meletakkan pra-syarat supaya mereka diberikan akses sama rata kepada media. Sekiranya syarat mustahak ini tidak dipenuhi, maka PR harus bertekad untuk memulau PRU13.
Cadangan untuk memboikot bukannya satu syor yang melampau. Kekangan ke atas
PR dari segi ruang bebas media adalah ibarat persaingan lumba lari pecut 100 meter yang mana BN dibenarkan berdiri 30 meter ke depan dari garis permulaan.
Menteri Penerangan sementara Rais Yatim sebelum ini dipetik agensi berita nasional Bernama sebagai berkata tidak timbul apa-apa kemusykilan jika BN mahu menggunakan kemudahan-kemudahan media nasional selagi belum sampai tarikh rasmi bermulanya musim kempen (20 April).
Sekatan media memberi kesan berat sebelah di mana PR tidak berpeluang bertindak balas kepada dakwaan atau asakan BN. Seterusnya PR pun pasti mahu memujuk orangramai bahawa parti mereka harus terpilih untuk membentuk kerajaan baru.
Dalam keadaan masakini, PR masuk gelanggang dengan sebelah tangan terikat di belakang. Justeru itu, mahu tak mahu, PR tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyatakan bantahan melalui tindakan boikot sekiranya akses media yang setara tidak diberikan mereka. Jangan hanya kerana kemaruk kuasa dan mahu menang serta memerintah beberapa buah negeri, PR boleh mengetepikan prinsip.
Sebaliknya nescaya PR kalah nanti, sudah terlajak dan tiada guna lagi untuk pembangkang mengadu. Sekiranya akses media masih terbuntu, besar kemungkinan PR akan kalah nanti dalam PRU13. Sekiranya tatkala itu PR membuat aduan, SPR boleh mendakwa bahawa pilihanraya telah dijalankan dengan bebas dan adil. Lantaran itu, BN akan menggelar PR sebagai bersikap buruk siku. Dalam pada itu, padan muka PR apabila tidak dapat melepasi takuk lama dan terus kekal sebagai pembangkang buat selama-lamanya.
Wajar pihak pembangkang berdiri teguh atas prinsip dalam menuntut
mempunyai kes penting untuk ke Malaysia dan dunia dengan dan enggan untuk pergi ke pilihan raya tanpa akses media yang sama. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, ia boleh ditafsirkan bahawa buta oleh bau kuasa, Pakatan Rakyat telah diperdayakan atau telah dibenarkan lengan mereka boleh dipintal pada prinsip yang penting ini.
Dan mereka harus kehilangan - seperti yang mungkin berlaku jika akses media dan isu liputan tidak diperbetulkan - ia akan menjadi terlalu lewat bagi mereka untuk mengadu. SPR akan mendesak ia telah menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil, BN akan memanggil lawan mereka sakit dan kalah saka, dan PR akan layak untuk terus memanaskan bangku pembangkang.
English version: Stealing the elections: Act One