Memorandum bantahan dasar pemberimilikan tanah Orang Asli oleh gabungan jaringan kampung-kampung Orang Asli semenanjung Malaysia

YAB Perdana Menteri Malaysia, YB Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Yang Berusaha ketua pengarah JHEOA.

Memorandum gabungan jaringan kampung-kampung Orang Asli semenanjung Malaysia bertujuan untuk: 


Menegaskan bantahan oleh masyarakat Orang Asli terhadap dasar pemberimilikan tanah Orang Asli oleh JHEOA dan kerajaan Malaysia yang telah diluluskan oleh Majlis Tanah Negara yang dibentangkan pada 3 dan 4 Disember 2009 oleh pihak kerajaan dan JHEOA.

Menuntut pengiktirafan hak wilayah tanah adat/wilayah tradisi Orang Asli, merangkumi di darat dan di laut dan tidak hanya mengutamakan golongan lelaki dan juga orang yang sudah berkahwin tetapi harus mengambilkira kepentingan kaum wanita dan yang tidak berumahtangga mengikut Akta Perizapan Tanah Orang Asli yang telah diserahkan oleh pemimpin-pemimpin Orang Asli pada 30 April 2000 kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ketika itu Datuk Dr. Rais Yatim.

Menuntut kerajaan menguatkuasakan, menggunapakai dan menjadikan UNDRIP satu akta yang sah untuk melindungi hak asasi Orang Asli di negara ini.
 
 
YAB,

Kami masyarakat Orang Asli akar umbi dari gabungan jaringan kampung Orang Asli dari 5 negeri di semenanjung Malaysia  membantah sekeras-kerasnya dasar ini kerana:

Dasar ini digubal dengan tidak mengikut artikel-artikel yang termaktub di dalam deklarasi hak asasi orang asal antarabangsa (UNDRIP) yang telah dipersetujui sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia tanpa sebarang pertikaian dua kali iaitu ketika majlis hak asasi dan perhimpunan agung pada tahun 2007 bertempat di New York.

Dasar ini langsung tidak menghormati hak dan sensitiviti masyarakat Orang Asli sebagai satu masyarakat yang memiliki keunikan dan identiti yang tersendiri (distinct).

Jika dasar ini dipersetujui, maka, Orang Asli ibarat terlepas dari mulut singa, masuk ke mulut buaya.

Dalam perkara (l) dasar pemberimilikan tanah, dengan jelas menyatakan bahawa Orang Asli tidak boleh menuntut sebarang pampasan, gantirugi atau membawa tuntutan ke mahkamah ke atas tanah yang dinamakan kawasan rayau/saka. Perkara/bahagian ini jelas menghapuskan hak asasi Orang Asli sebagai manusia atau sebagai salah satu kewujudan tuhan meskipun harta benda, hak asasi dan maruah Orang Asli dicabuli.

Perkataan ‘rayau’ yang kerap dirujuk dalam dasar pemberimilikan tanah juga tidak sesuai digunapakai kerana istilah ‘rayau’ tidak wujud dalam masyarakat kami Orang Asli.

Kerajaan tidak boleh memutuskan sewenang-wenangnya jenis pengiktirafan tanah mengikut apa yang dirasakan sesuai oleh kerajaan. Jenis pengiktirafan harus mengikut keputusan, kesediaan, kemampuan dan kemahuan kumpulan Orang Asli terlibat.

Untuk makluman YAB, selama ini, kami masyarakat Orang Asli sangat jelas dengan konsep pemilikan wilayah tanah adat yang telah kami amalkan sejak berkurun. Antaranya adalah seperti berikut:

Setiap kumpulan Orang Asli (yang kini dikenali sebagai kampung) mempunyai wilayah tanah adat tersendiri yang hanya ditadbir/diurus mengikut adat istiadat kumpulan Orang Asli tersebut. Wilayah tanah adat tersebut hanya boleh dimiliki oleh kumpulan Orang Asli setempat yang memang lahir dan berasal dari situ sahaja.

Pentadbiran dan pengurusan wilayah tanah adat yang diamalkan oleh setiap kumpulan Orang Asli adalah jelas dan sistematik kerana setiap wilayah tanah adat mempunyai pecahan dan gunatanah yang telah ditetapkan mengikut adat.

Setiap kumpulan masyarakat Orang Asli amat mengenali sempadan wilayah tanah adat masing-masing melalui bukti-bukti kukuh seperti tanda-tanda alam dan  fakta-fakta sejarah. Untuk mengukuhkan lagi gambaran wilayah tanah adat tersebut, masyarakat Orang Asli kini mampu menjalankan pemetaan komuniti secara berdikari menggunakan teknologi terkini iaitu global positioning system (GPS) dan global information system (GIS).

Jika Orang Asli menerima dasar pemberimilikan tanah, maka; adat, budaya, kepercayaan, sejarah, legenda, pengetahuan tradisi dan kemahiran yang merupakan asas kepada jatidiri Orang Asli juga akan lenyap selamanya kerana dasar ini membolehkan Orang Asli dipindahkan/dikumpulkan/diusir dari wilayah tanah adat Orang Asli tersebut.

Dengan sejelas-jelasnya, kami menegaskan bahawa definisi tanah bagi Orang Asli bukan sekadar penempatan dan ekonomi tetapi segala-galanya yang telah kami huraikan di atas.

Sekiranya perkara-perkara yang menjadi asas kepada jatidiri Orang Asli sudah tidak dapat diamalkan, maka istilah Orang Asli juga sudah tidak memberi sebarang erti. Ini seolah-olah kerajaan Malaysia mengamalkan penghapusan etnik Orang Asli di malaysia secara jelas.

Mengikut adat istiadat Orang Asli, pengurusan dan pentadbiran tanah kumpulan Orang Asli adalah lebih selamat melindungi semua pihak termasuk kaum lelaki, wanita dan anak-anak sekiranya berlaku penceraian.

Oleh hal yang demikian, kami menuntut:

Kerajaan mansuhkan dasar pemberimilikan tanah yang baru diluluskan oleh Majlis Tanah Negara kerana dasar ini tidak memberikan sebarang faedah malah langsung menidakkan hak-hak Orang Asli sebagai penduduk asal di negara ini.

Akta 134 hendaklah dikekalkan tetapi kerajaan digesa untuk membuat pindaan kepada Perkara 7(3) yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri membatalkan, meminda, mengubah mana-mana pengisytiharan mengenai rizab Orang Asli yang dibuat di bawah Seksyen 3(1).

Kami dengan sebulat suara menggesa kerajaan untuk menggunapakai deraf cadangan Akta Perizapan Tanah Orang Asli 2000 bagi menyelesaikan masalah dan menjamin perlindungan hak orang asli ke atas wilayah tanah adat.

Kami mendesak kerajaan supaya mengiktiraf dan mengisytiharkan UNDRIP sebagai akta yang sah untuk perlindungan hak asasi Orang Asli khasnya dan orang asal di Malaysia amnya.

Sebarang pindaan akta, penggubalan akta, pelantikan pemimpin Orang Asli (senator atau badan-badan tertentu) yang berkaitan dengan Orang Asli secara langsung hendaklah melibatkan pendapat, persetujuan, dan keputusan Orang Asli dari semua peringkat iaitu akademik, professional, pemimpin tempatan dan akar umbi. Ini adalah untuk memastikan keizinan berdasarkan makluman awal, bebas dan telus (free, prior informed consent) yang terkandung dalam Undrip dihormati sewajarnya. Ini adalah untuk memastikan sebarang hasil keputusan memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat Orang Asli.

Perkara di atas kami tegaskan kerana banyak perkara seperti pelantikan senator, pemilihan pengarah dan kakitangan di jabatan hal ehwal Orang Asli, penggubalan dasar pembangunan Orang Asli, penggubalan akta, pelupusan status tanah Orang Asli dan persetujuan ke atas pencerobohan tanah adat Orang Asli, dibuat tanpa makluman awal, pendapat, keizinan dan persetujuan masyarakat kami Orang Asli.

Kerajaan mesti mengiktiraf Orang Asli sebagai salah satu bangsa di Malaysia. Berhenti mengkategorikan Orang Asli sebagai bangsa ‘dan lain-lain’.

Kerajaan mesti menghentikan dengan segera sebarang tindakan yang menggambarkan bahawa Orang Asli tidak dilindungi oleh undang-undang di Malaysia kerana Artikel 8 dalam perlembagaan negara antara lainnya mengiktiraf kesamarataan hak untuk semua warganegara dan Artikel 13 memberi jaminan pampasan yang setaraf dengan nilai semasa apabila harta benda dirampas/dimusnahkan/dicabuli secara paksa.

Projek-projek ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan untuk Orang Asli contohnya tanam semula berkelompok (TSK), rancangan pengumpulan semula (RPS) dan penempatan semula (PSK), telah terbukti tidak mendatangkan sebarang hasil malah membebankan dan menambahkan lagi kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli yang terlibat dengan projek-projek tersebut. Projek-projek sebegini mesti dihentikan tetapi sekiranya hendak diteruskan, hendaklah:

Dibangunkan di dalam kawasan tanah adat yang belum dibangunkan oleh Orang Asli yang mana lokasinya dipersetujui dan ditentukan sendiri oleh Orang Asli tempatan. Ini adalah supaya tanaman yang sedia ada tidak musnah dan ekosistem serta biodiversiti di kawasan tersebut terpelihara.

Orang Asli sendiri diberikan latihan kemahiran yang cukup supaya mampu mengendalikan dan menguruskan projek-projek ini secara berdikari  hasil daripada projek-projek ekonomi ini mesti dikembalikan sepenuhnya kepada Orang Asli tempatan.

Kami menegaskan lagi bahawa, bagi masyarakat Orang Asli, masa depan dan kesinambungan masyarakat kami terikat kepada alam semulajadi dan penciptanya. Di samping itu, dalam kehidupan kami, termasuklah dalam hal yang berkenaan dengan wilayah tanah adat, kami sendiri yang berhak menentukan kehendak dan keperluan mengikut apa yang kami tentukan yang terbaik bagi kami, bukan kepada kerajaan dan orang politik. 


Isi kandungan memorandum ini adalah rumusan daripada memorandum-memorandum yang telah diserahkan sebelum ini oleh Orang Asli dan juga hasil daripada perbincangan pelbagai peringkat Orang Asli termasuk persidangan tanah Orang Asli peringkat semenanjung yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 14 hingga 16 Disember 2009.

Oleh hal yang demikian, dilampirkan bersama dengan memorandum ini ialah tandatangan sokongan wakil-wakil Orang Asli dari negeri Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan (Melaka, Kedah, Terengganu).

Memorandum ini disediakan oleh jawatankuasa terpilih gabungan jariangan kampung-kampung Orang Asli semenanjung Malaysia:

No. NAMA PENUH ALAMAT TANDATANGAN
  PERAK
  Tijah Yok Chopil (F) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak

Jaringan Kampung Orang Asli Perak (JKOAP)

 
  Rizuan Tempek (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak

SPNS

 
  Sarudin Bah Dayang (M) Kampung Tisong, Sungkai, Perak, Malaysia

JKOAP

 
  Abri Yok Chopil (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak

SPNS

 
  Kato Bah Punting (M) Kampung Woh Intek, Batu 8, Jalan Pahang, Tapah, Perak

SPNS

 
  Mawar Bah Eak (F) Kampung Batu 15/4, Jalan Pahang, Tapah, Perak

SPNS

 
  Ohien Bah Eak (F) Kampung Batu 15/4, Jalan Pahang, Tapah, Perak

SPNS

 
  Han Minah Yok Dang (F) Kampung Ras, RPS Jernang, Sungkai, Perak

JKOAP

 
  Suhardi Jamal (M) Kampung Sat, RPS Jernang, Sungkai, Perak

(JKOAP)

 
  Robiah Bah Chot (F) Kampung Pos Gedung, Bidor, Perak

(JKOAP)

 
  Dahil Yok Chopil (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak

(SPNS)

 
  Yok Perukas Senureh (M) Kampung Ras, Jernang, Sungkai, Perak  
  Pusat Bah Mon (M) Kampung Sungai Teras, Slim River, Perak  
  Yok Pis Chenadah (M) Kampung Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River, Perak  
  Bah Useh Bah Pagar (M) Kampung Senta, Bidor, Perak  
  Bah Rudy Bah Campin (M) Kampung Chang Kuak, Tapah, Perak  
  Amin Bah Mandong (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak  
  Sabran Halap (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak  
  Man Badai (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak  
  Yong Yit Lengan (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak  
  Bah Raman Angkeh (M) Kampung Sat, Jernang, Sungkai, Perak  
  Bah Azmi Ng Porgi (M) Kampung Ulu Geroh, Gopeng, Perak  
  Hussin Bapin (M) Kampung Ulu Kampar, Gopeng, Perak  
  Bah Mat Susoi (M) Kampung Sungai Landor, Chenderiang, Perak  
  Sharon Ngo Suet Lan (F) Malaysian Care, Kampar, Perak  
  Azerena Nediba (F) Koperasi Sengoi Peribumi Perak  
  Panjang Jasmani (M) Koperasi Sengoi Peribumi Perak (Bota, Perak)  
  Bah Long (M) Koperasi Sengoi Peribumi Perak (Kampung Sungai Lerek)  
  Bah Mat Susoi (M) Kampung Sungai Landok, Chenderiang, Perak  
  Emi Bah Chipi (M) Kampung Chang Kuak, Jalan Pahang, Tapah, Perak  
  Dah Hali Nanap (M) Kampung Pos Gedung, Bidor, Perak  
  Bahek Bah Gunong (M) Kampung Gedong, Bidor, Perak  
  Angah bin Itam (M) Kampung Bagan Balak, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak  
  Bah Selibah Ajis (M) Kampung Tisong, Sungkai, Perak  
  Ayub Yok Sem (M) Kampung Tisong, Sungkai, Perak  
  Bah Sedan Sambon (M) Kampung Sandin, Bidor, Perak  
  Long Bah Kang (M) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Bah Gaharai Kadek (M) Kampung Gesau, Ulu Slim, Slim River, Perak  
  Ngah Man Pandak (M) Kampung Gesau, Ulu Slim, Slim River, Perak  
  Bah Becher Bah Kepahu (M) Kampung Senta, Bidor, Perak  
  Sudirman Perangin (M) Kampung Pos Bersih, Ulu Slim, Slim River, Perak  
  Wak Sesak Bah Ahpin (F) Kampung Kenoh, Tapah, Perak  
  Samad a/l Bah Jihor Kampung Sungai Merah, Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak  
  Wak Jaman Bah Biyut (M) Kampung Kenoh, Tapah, Perak  
  Yok Tahut Yok Bong (M) Kampung Rasau, Slim River, Perak  
  Bije Yok Sinuwat (M) Kampung Gerhus, Trolak, Perak  
  Yok Bab Yok Gagek (M) Kampung Gerhus, Trolak, Perak  
  Kong Chee Wai (M) Kampung Senta, Bidor, Perak  
  Yok Ngah Yok Rapat (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak  
  Kong Chee Leong (M) Kampung Kenoh, Tapah, Perak  
  Juni Ah Yen (M) Kampung Chang Sungai Gepai, Bidor, Perak  
  Wak Linang bah Suloh (F) Kampung Pos Musoh LZ, Jalan Pahang, Batu 8, Tapah, Perak  
  Bah Luber Uda (M) Kampung Batu 2, Jalan Pahang, Tapah, Perak  
  Lume Sudin (F) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Inang Bah Ai (F) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Ebby Long (M) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Shalsis Long (F) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Herlis Long (M) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Frensiska Hashim (F) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Nabreska Bes (F) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Ngah Brang Tua (F) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Bah Kang Bah Mat (M) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Alang Bah Kang (M) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Bah Lazem Shahlan (M) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Jafro Johan (M) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Halim Padek (M) Kampung Kejau, Pos Jernang, Sungkai, Perak  
  Saiful Long (M) Kampung Bukit Terang, Kampar, Perak  
  Jos a/l Jambu Kampung Pisang, Jalong Tingi, 31100 Sungai Siput, Perak  
  Razali bin Long Kampung Perjek, Pos Legap, 31110 Sungai Siput (U), Perak  
  Rosnah binti Busu Kampung Santeh, RPS Legap, Lasah, 31110 Sungai Siput (U), Perak



  PAHANG
  Bek Tuka Bah Ingar (M) Kampung Pos Betau, Pahang  
  Yok Mes Jaga (M) Kampung Pos Betau, Pahang  
  Tok Batin Awang (M) Kampung Sungai Kiol, Pahang  
  Tok Batin Mohammad Kuang (M) Kampung Pian, Pahang  
  Tok Batin Nun Jak (M) Kampung Penderas, Pahang  
  Tok Batin Harun Sok (M) Kampung Paya Pelong, Pahang  
  Kenange Belin (M) Kampung Jentong, Trolak, Perak  
  Nora Syakirah Razali (F) Kampung Pian, Kuala Krau, Pahang  
  Suraina Halim (F) Kampung Pian, Kuala Krau, Pahang  
  Sarina Dolah (F) Kampung Pian, Kuala Krau, Pahang  
  Harisham Tet (M) Kampung Pian, Kuala Krau, Pahang  
  Bedul Embong (M) Kampung Pian, Kuala Krau, Pahang  
  Leman Bilal (M) Kampung Pelong, Pahang  
  Ramli Lugan (M) Kampung Lubuk Wong, Pahang  
  Idris On (M) Kampung Mengkuang, Temerloh, Pahang  
  Roman Achau (M) Kampung Mengkuang, Pahang  
  Rosmah Radi (F) Kampung Paya Rekoh, Kuala Krau, Pahang  
  Mirzamardzan Saney Sambut (M) Kampung Paya Mendoi, Kuala Krau, Pahang  
  Mohamad Nohing (M) Kampung Paya Mendoi, Kuala Krau, Pahang  
  Johari Salam (M) Bukit Rok, Bera, Pahang  
  Midah Deris (F) Kampung Rekoh Kuala Krau, Pahang  
  Jay Murni Mohamad (M) Bukit Rok, Bera, Pahang  
  Sudin Mahidin (M) Kampung Batu Gong, Pekan, Pahang  
  Indah Ampuk (M) Kampung Pos Betau, Pahang  
  Mohd Udin Pakpet (M) Kampung Batu Gong, Rompin, Pahang  
  Jalil bin Nuen (M) Kampung Pos Betau, Pahang  
  Yusri Ahon (M) Kampung Sungai Mai, Jerantut, Pahang  
  Ahmad Abu (M) Kampung Paya Berdut, Kuala Krau, Pahang  
  Jahidin Husin (M) Kampung Paya Mendoi, Kuala Krau, Pahang  
  Yok Ah Lik @ Mok Kwai Chaw (M) Kampung Batu Talam, Raub, Pahang  
  Mok Kwai Thoo (M) Kampung Batu Talam, Raub, Pahang  
  Mohd Maham Nasir (M) Kampung Sungai Kiol, Jerantut, Pahang  
  Jefri Kiyob (M) Kampung Pian, Kuala Krau, Pahang  
  Zaharah Mat (F) Kampung Paya Mengkuang, Temerloh, Pahang  
  Budin Sulong (M) Kampung Rekoh, Kuala Krau, Pahang  
  Ramli Saad (M) Kampung Paya Rekoh, Kuala Krau, Pahang  
  Mahadi Long (M) Kampung Paya Mengkuang, Pahang  
  Rosli Panjang (M) Kampung Paya Rekoh, Temerloh, Pahang  
  Hamid bin Tow Kampung Penderas, Kuala Krau, Temerloh, Pahang  
  SELANGOR
  Batin Sidin Bujang (M) Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor  
  Ketang Kilong (M) Kampung Kachau Dalam, Semenyih, Selangor  
  Shahar Koyok (M) Kampung Pulau Kempas, Banting, Selangor  
  M. Paris bin Koyok (M) Kampung Pulau Kempas, Banting, Selangor  
  Liah Asul (F) Kampung Pulau Kempas, Banting, Selangor  
  Jusrina Etak (F) Kampung Bukit Cheding, Banting, Selangor  
  Zieliana Zainudin (F) Kampung Bukit Cheding, Banting, Selangor  
  Rizal Asai (M) Kampung Kachau Dalam, Semenyih, Selangor  
  Kamarulzaman Kamarudin (M) Kampung Kachau Dalam, Semenyih, Selangor  
  Asang bin Ngah (M) Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, 43800 Dengkil, Selangor  
  NEGERI SEMBILAN
  July Lanchong (M) Kampung Sebir, Labu, Negeri Sembilan  
  Zurdi Baharu (M) Kampung Sebir, Labu, Negeri Sembilan  
  Asnovinia Wana Les (F) Kampung Tekir, Labu, Negeri Sembilan