(Terjemahaan daripada bahasa Inggeris oleh CPI)


Dr Boo Cheng Hau

Saya menulis surat ini sebagai membalas sebahagian ucapan Dr Boo Cheng Hau, wakil Dewan Undangan Negeri Johor Skudai minggu lepas [Feb 26, 2009] Beliau menyatakan kononnya sesetengah langkah pinjaman Dana Johor bercirikan apartheid kerana kaum bukan-bumiputera dikenakan kadar bunga lebih tinggi berbanding bumiputera.

Dalam ucapan yang sama, Boo membuat beberapa hujah yang wajar berkaitan dengan sikap adil, tetapi beliau juga membandingkan keadaan pemerintahan Malaysia dengan zaman apartheid Afrika Selatan. Ini adalah kurang tepat dari segi fakta dan sejarah, dan lebih-lebih lagi tidak produktif, malah di sebaliknya merugikan diri sendiri. Ia juga memudaratkan dari segi menjaga kepentingan Pakatan Rakyat, yang mana Boo adalah wakil DAP, sebuah parti di dalam gabungan tersebut.

Saya tidak mempertikaikan yang Dana Johor tidak adil apabila mengenakan kadar bunga berlainan berasaskan bangsa tanpa menimbangkan ujian-kaedah (means-test). Namun saya tidak setuju Boo membandingkan amalan Dana Johor yang menggunakan dua ukuran berbeza dengan dasar-dasar apartheid di Afrika Selatan.

Di mana paling baik saya mulakan perbahasan ini? Boo memang betul kalau mengatakan apartheid bukanlah sekadar pengasingan fizikal pelbagai kaum di Afrika Selatan. Ia mengaitkan dominasi lengkap oleh satu bangsa terhadap bangsa lain dari segi ekonomi, politik dan sosial. Namun, ia bermula dari segregasi fisikal.

Oleh kerana di Malaysia tiada undang-undang segregasi ala Afrika Selatan, maka besar kemungkinannya Boo tersilap mengambil dan memilih ciri-ciri apartheid negara-negara lain dan membandingkannya dengan keadaan kita atas asas teori yang lemah.

Sebagai misalan saya katakan dasar tindakan tegas (affirmative action) yang diperkenalkan di India demi kepentingan kasta dan puak tertentu (scheduled casts and tribes) dianggap serupa dengan dasar tindakan tegas di Malaysia sendiri untuk orang Melayu yang kurang upaya dalam ekonomi. Justeru itu, saya boleh menjustifikasikan dasar serupa ini sebagai sahih dari pandangan demokratik.

Perbandingan dengan India dan Afrika Selatan kedua-duanya kurang tepat.

Dalam kes pertama, rejim apartheid Afrika Selatan berupa suatu puak dominan dalam bidang ekonomi dan sosial memerintah puak majoriti yang miskin. Walhal situasi selepas Merdeka berbentuk satu kaum majoriti yang tidak berkemampuan ekonomi memerintah negara bersama dengan parti-parti yang mewakili bangsa-bangsa lain. Yang penting sekali, rakyat yang berbilang bangsa tidak diasingkan dari segi fizikal atau bersandarkan dasar kerajaan Malaysia.

Dalam kes India pula, kaitan identiti perkauman dan kasta di India tidaklah beku tetapi berubah-ubah.

Boo juga salah menyatakan apartheid mulanya diwujudkan sebagai satu sistem demi menolong orang berkulit putih yang miskin. Mungkin ini benar dari segi apartheid memberi kuasa politik yang lebih kepada puak kulit putih Boer yang mempunyai bilangan yang kurang tetapi kuat dari segi ekonomi berbanding dengan puak Anglo yang mempunyai bilangan yang lebih tetapi berkurangan dari segi ekonomi.

Melepaskan batuk di tangga

Tetapi apabila soal ini dibentangkan kepada ahli sains politik Afrika Selatan sendiri, saya percaya beliau akan menerangkan bahawa projek apartheid diwujudkan demi mengesahkan penguasaan puak minoriti di negara itu.

Hujah Boo yang memilih bulu satu percaturan yang kurang mantap dari segi strategi politik. Strateginya bukanlah sesuatu yang baru. Secara tidak langsung, beliau cuba melemahkan kewibawaan moral dan landasan Dasar Ekonomi Baru (DEB), serta juga kelemahan perlaksanaannya, dan sekaligus mengkritik Umno.

Kritikannya terhadap DEB ini berbeza sedikit dengan apa yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim, yang mana Anwar mengakui bahawa memang perlaksanaan DEB mempunyai cacat celanya. Namun Anwar tidak menafikan bahawa DEB itu suatu dasar yang moral.

Apa pula tujuan Boo membandingkan apartheid Afrika Selatan dengan pengalaman Malaysia? Sekiranya beliau mengharapkan sokongan bukan- Melayu, sebenarnya kebanyakan mereka tidak perlu dipujuk lagi. Golongan bukan-Melayu Skudai yang mengundi Boo tatkala pilihanraya umum yang lepas pun mengiakan juga.

Tetapi ini tidak menghalang mereka mengundi Barisan Nasional pada zaman dulu. Dan mungkin ini bukanlah sebab-sebabnya ramai orang bukan-Melayu mengundi Boo pada bulan Mac 2008. Sekira tujuannya adalah untuk mendapatkan pengiktirafan peribadi dari DAP, mungkin beliau mengambil hati pucuk pimpinan kerana berani menyanggah Umno serta DEB. Tetapi tindakannya masih kurang sedap.

Boo seorang ahli politik yang matang. Beliau pasti ketahui media arus perdana akan dengan serta-merta mensasarkan segmen ‘apartheid’ ini yang disebut dalam ucapannya, dan mengapi-apikan sentimen sehingga melunturkan sokongan orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan.

Tiada ramai yang akan membaca seluruh teks ucapannya. Kebanyakan orang Melayu akan membaca tajuk besar sahaja dan akan memikirkan ini satu lagi bukti bahawa DAP ialah anti-Melayu.

Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin

Seperti yang dijangka, dua ketua Umno dari Johor, Naib Presiden kanan Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Abdul Ghani Othman dengan serta-merta menumpukan perhatian kepada perbandingan ‘apartheid’ ini.

Sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Boo sudah tentu maklum beliau bukan sahaja bertanggungjawab terhadap karier politiknya sendiri, malahan juga terhadap memajukan perkembangan partinya di Johor. Negeri ini pula didominasi oleh BN semenjak pilihan raya umum yang pertama selepas Merdeka lagi.

Secebis ucapannya itu mampu merendahkan pandangan kaum Melayu terhadap Pakatan di Johor.

Strategi yang kurang bernas

Boo seorang ahli politik bukan-Melayu, dalam parti yang mana ahlinya ramai bukan Melayu, dan bertanding di kawasan majoriti bukan-Melayu. Mungkin kerana kesemua faktor ini, beliau menganggap perlu menyuarakan perasaan tersinggung orang bukan-Melayu. Sekiranya andaian ini benar, maka tiadalah perbezaan di antara Boo dengan ahli politik lain yang juga menampung perasaan dan tanggungjawab untuk menyalurkan kemarahan mereka terhadap pemimpin-pemimpin pihak pembangkang yang telah memanggil mereka dengan bermacam-macam nama!

Ada satu perbezaan. Boo menyuarakan kemarahan ini dalam gelanggang DUN, dan bukan di luar dewan parlimen [Nota pengarang: Merujuk kepada kejadian Pemuda Umno mengertak Karpal Singh di perkarangan Dewan Rakyat] suatu perbuatan gangster.

Saya bukan berniat mengangkat bakul sendiri tetapi saya cuba membayangkan perkara ini dengan mengandaikan sekiranya saya seorang ahli profesional dan akademik bumiputera yang berjaya menerusi DEB habis belajar di luar negara dengan bantuan biasiswa kerajaan dan maju dalam kerjaya saya atas rajin usaha sendiri.

Mungkin seseorang bumiputera bertanggapan penuntut bukan-Melayu semuanya boleh membiayai pelajaran sampai ke tahap universiti dengan sumber kewangannya sendiri, atas prasangka puak bukan-Melayu sentiasa cukup duit.

Dengan menyamakan DEB dengan apartheid, Boo membuka ruang bagi BN dan media massa memperalatkan kenyataannya untuk menggambarkan dirinya, partinya dan Pakatan Rakyat sebagai anti-Melayu.

Individu bumiputera yang saya sebutkan tadi mungkin pula menterjemahkan serangan ke atas DEB sebagai memperlekehkan pencapaiannya, dan bukan sebagai satu kenyataan untuk mencetuskan perbahasan yang membina.

Realitinya dalam arena politik adalah begini: Boo mesti memahami sekiranya Pakatan berhajat untuk menentang DEB, adalah lebih sesuai kalau seorang Melayu dari Pakatan yang melakukannya. Sesungguhnya Anwar yang pernah mengungkitkan isu ini pun telah dicemuh Umno dan kumpulan Melayu lain.

Lim Guan Eng being arrested in 1994 following his criticism of the government’s handling of allegations of statutory rape of one of his constituents by former Chief Minister of the state of Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Lebih-lebih lagi seorang seperti Boo yang tiada latarbelakang seumpama Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan kerana mempertahankan hak gadis mangsa rogol berbangsa Melayu. Ini bukanlah bermaksud isu yang ditimbulkan oleh Boo jangan sekali dibahaskan. Hanya beliau mesti merangka erbahasan itu dengan cara lain.

Berikut adalah cara sebaik-baiknya jikalau saya sendiri yang mengelolakan perbahasan ini.

Setelah lebih 40 tahun, DEB telah membentuk satu golongan besar kelas pertengahan Melayu profesional dan ahli peniagaan. Mereka cekap dan nyata mampu untuk berdikari. Saya telah melihat dan mengalaminya sendiri.

Semasa saya belajar di dua universiti ternama di UK, melalui kerja pertama saya sebagai pakar perunding di pejabat pakar perunding Amerika di KL, melalui interaksi saya sendiri dengan ramai ahli profesional dan intelektual Melayu, saya mengaku sering kali terasa serba kekurangan di samping mereka ini.

Kesemua teman-teman saya tidak memerlukan DEB untuk mendapatkan kontrak atau mengembangkan perniagaan mereka. Saya berpendapat ramai di antara mereka mungkin tersinggung sekiranya orang menganggap mereka boleh maju hanya kerana menerima layanan istimewa.

Ramai di antara mereka pula tidak kisah kalau DEB diubahsuai supaya memanfaatkan orang miskin dari semua kaum, bukan khas untuk orang Melayu semata-mata. Inilah pandangan Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat apabila diminta mengulas hujah-hujah Boo.

Sekiranya Boo mencaturkan perbahasan dalam kerangka ini, dia tidak akan menyakitkan hati pengundi Melayu di samping tidak memberi sebarang modal kepada BN, dan lebih-lebih lagi Umno, untuk menyerang beliau, partinya dan juga kelompok pembangkang.

Pokok hujah saya adalah ianya tidak produktif bagi pemimpin DAP seperti Boo menoleh ke belakang apabila membahaskan DEB. Lebih baik sekiranya isu ini dibahaskan dengan mencerminkan keadaan sekarang dan demi untuk masa depan. Ini akan lebih menguntungkan DAP dan Pakatan supaya boleh mara ke hadapan.

Ong Kian Ming seorang penuntut PhD dalam bidang sains politik di Duke University. Dia boleh dihubungi di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it." target="_blank">This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

*******************

Rencana Ong Kian Ming 'Why Malaysia is not like South Africa' pada asalnya diterbitkan pada Mac 13, 2009 di Malaysiakini.

Dr Boo Cheng Hau telah memberi jawapannya kepada Ong Kian Ming sejurus kemudian, dan terjemahan respons Dr Boo akan disiarkan oleh CPI pada hari Isnin.


Sedutan teks ucapan tangguhan mesyuarat ke-5 penggal persidangan pertama Dewan Negeri Johor ke-12 (YB Dr Boo Cheng Hau, Adun Skudai pada Feb 26, 2009)

YB Dato’ Speaker,


Masalah pemegang saham Dana Johor masih belum diselesaikan. Para Pemegang saham Dana Johor masih mengadu mereka terpaksa menjual balik saham mereka kepada Permodalan Johor Berhad dengan harga 50 sen seunit apabila berbanding dengan 1 ringgit seunit saham pembelian balik Amanah Saham Johor. Perbezaan dalam harga ini telah menyinggung hati para pelabur Dana Johor. YAB Menteri Besar telah berjanji dalam mesyuarat yang lalu penggal persidangan dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Johor akan menawarkan harga belian balik yang sama untuk ASJ dan Dana Johor, iaitu satu ringgit seunit saham dibeli balik. Maka janji berkenaan masih belum diperkotakan.

YB Dato’ Speaker,

Apa yang menyakitkan hati para pelabur Dana Johor adalah layanan berdiskriminasi oleh Permodalan Johor Berhad menghulurkan harga belian balik yang ketaranya amat berbeza daripada harga belian balik untuk Amanah Saham Johor. Maka harga berbeza dalam belian balik saham ASJ dan Dana Johor boleh dikatakan dasar ekonomi bercorak Apartheid sebab layanan berbeza dilaksanakan kepada dua golongan warga Johor.

YB dato’ Speaker,

Lagipun Skudai dimaklumkan pelabur Dana Johor yang meminjam pinjaman dari sesetengah bank dikenakan dua jenis kadar bunga iaitu Ahli (Bumiputera) dan Bukan Ahli (Bukan Bumiputera), di mana peminjam Bukan Bumiputera dikenakan bunga yang lebih tinggi tanpa menentukan status sosioekonomi seseorang peminjam. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dasar ekonomi sedemikian bukannya Tindakan Afirmatif yang berasaskan status sosioekonomi untuk menerima bantuan, tetapi ianya sebenarnya bersifat Apartheid yang berasaskan politik perkauman di mana golongan dominan diberikan bantuan pula.

YB Dato’ Speaker,

Apartheid bukan sahaja berkenaan dengan aspek fizikal sahaja di mana segregasi penggunaan kemudahan awam berasaskan warna kulit dan kebumiputeraan. Aspek Apartheid yang paling mendahsyatkan adalah dasar sosioekonomi, pendidikan, budaya dan bahasa berasaskan ketuanan dan kebumiputeraan Afrikaner, iaitu Orang Putih Afrika Selatan berketurunan Belanda yang dikatakan mengasaskan Kerajaan Bertamadun Pertama.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Apartheid adalah sebenarnya dimulakan untuk membantu orang Putih yang miskin berstatus Native atau ‘help the poor white natives’. Maka apa yang amat mengecewakan adalah sesetengah tokoh politik Malaysia masih mempercayai Bumiputeraisme atau Nativism sebagai piawaian diberikan keutamaan mutlak untuk bantuan kerajaan walaupun Bumiputeraisme merupakan ideologi Apartheid atas prasangka bahawa kaum-kaum tertentu memperoleh hak istimewa yang tidak dapat dipertikaikan.