Baru-baru ini, laungan ‘takbir’ para penyokong PAS asyik diperolokkan dengan ungkapan ‘take beer’ oleh pihak lawannya. Namun ia hanya olok-olok, sindirin oleh puak Umno ini dengan tidak disangka telah menjadi senjata makan tuan apabila anak Dr Mahathir dilaporkan memiliki saham dalam kilang arak.
Sisipan keratan-keratan akhbar berikut pula membayangkan 1cerita ‘Antara 2 Darjat’. Adakah dalam pelaksanaan syariah pun ditonjolkan dua kerat undang-undang di 1Malaysia?
Utusan: Hukuman sebat Kartika kekal
KUANTAN 28 Sept. – Panel Rayuan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengekalkan keputusan hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada tahun lalu.
Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, keputusan itu dibuat selepas panel tersebut membuat semakan terhadap prosedur penghakimannya hari ini.
Selanjutnya …
Harakah: Mirzan dilantik ahli lembaga pengarah pengeluar arak terbesar Filipina
Ketika kerajaan negeri Selangor melalui Exco agamanya berusaha keras untuk menghalang umat Islam di negeri itu dari terjebak dengan ketagihan arak, anak bekas Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah dalam syarikat pengeluar arak terbesar Filipina.
"Ini adalah urusan perniagaan sahaja," kata Mirzan sebagaimana suratnya kepada laman web The Malaysian Insider selepas berita mengenai perlantikan beliau dalam San Miguel Corp (SMC) disiarkan oleh laman web itu.
Selanjutnya …
Detikdaily: Isu Mirzan, jawapan para mufti?
Mirzan dalam mempertahankan diri memberi alasan dengan berkata, "Ini adalah urusan perniagaan sahaja."
Beliau tentu sedar bahawa syarikat yang dipimpinnya itu menguasai 95% pasaran arak Filipina dan dijual di 60 buah negara di dunia. Adakah beliau sedar, individu yang terlibat dengan arak bukan sahaja minum, membotol, menjual, membawa atau apa sahaja yang membantu dalam pasaran arak akan mendapat saham dosa.
Beliau telah mengeluarkan kenyataan akan mengurangkan penglibatan SMC dengan arak sekitar 15% sahaja menjelang 2010. Kenyataan itu nampak terlalu jujur dan ikhlas. Perlu diingat bahawa matlamat tidak boleh dihalalkan dengan cara. Walaupun esok syarikatnya berjaya mengurangkan pengeluaran arak hingga menjadi 1%, adakah syarikatnya dikira bersih ?
Jangan keluarkan kenyataan seolah-olah ada hukum baru berkaitan arak. Panduan bagi penganut Islam adalah jelas. Arak itu haram. Kartika minum arak secara tertutup di kelab malam, ditangkap dan akan dihukum. Saudara Mirzan membuat kesalahan secara terang-terangan. Tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan bagi menunjukkan ianya betul. Siapa yang akan ambil tindakan?
Selanjutnya …
Berita Harian: Hukuman sebat ke atas Kartika wajar diteruskan
KUALA LUMPUR: Hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kerana meminum arak perlu diteruskan bagi mengelak persepsi negatif terhadap agama Islam serta undang-undang syariah di negara ini. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abdul Ralip, berkata banyak pihak mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai perkara itu yang memberi gambaran salah terhadap pelaksanaannya.
“Dakwaan hukuman sebat itu kejam dan menindas wanita tidak benar, namun pihak tertentu mengambil kesempatan menggunakannya bagi memburuk-burukkan Islam di serata dunia,??? katanya pada sidang media anjuran pertubuhan pembela Islam (Pembela) …
Selanjutnya …
Suara Keadilan: Anak pemimpin Umno tidak peduli halal haram
Sedutan:
Dengan apa yang dilakukan oleh Mirzan, ia lebih besar kesannya berbanding ketagihan arak secara individu kerana Mirzan akan menyumbangkan tenaga, wang dan fikirannya untuk memajukan peniagaan arak ini.
– Suara Keadilan, 15-29 Sept 2009
Polemik arak: Sebat Kartika / Mirzan dan liputan berita
- Details
- Category: Media Monitor
- Posted by Various