Kadar Kemiskinan: Antara Retorik dan Realiti

Malaysia telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam menangani dan mengurangkan kadar kemiskinan. Sejak tahun kemerdekaan, kadar kemiskinan telah dikurangkan daripada 50 peratus kepada 3.6 peratus pada 2007.

Tambahan pula, pencapaian yang luar biasa ini diiktirafkan oleh pertubuhan antarabangsa. Malaysia adalah sesebuah negara yang telah berjaya mengatasi penandarasan kemiskinan 8.25 peratus yang ditetapkan oleh UNDP di bawah Millennium Development Goals bagi tahun 2015.

Inilah kenyataan yang sering dikeluarkan oleh para pemimpin dan pegawai kerajaan bagi membuktikan kejayaan negara kita dalam membasmi kemiskinan.

Adakah kenyataan ini satu yang tepat dan jitu? Apakah data yang diketengahkan untuk menyokong pendirian ini?

Read more

Memupuk Anak Bangsa Malaysia

Orang Melayu bodoh, malas dan asyik bergantung kepada subsidi kerajaan.???  

“Cina tamak, kurang ajar dan sanggup mencari apa jua jalan untuk kaya.???

“Orang India kotor, tak amanah, mabuk dan senantiasa terlibat dalam kegiatan jenayah.???

Malangnya stereotaip etnik seperti di atas masih belum dikikis. Mujurlah pemikiran streotaip ini tak menular ke seberang merentasi Laut Cina Selatan. Harap-harap apabila orang Semanunjung mendampingi saudara sewarga di Sabah dan Sarawak, jangan kita menstereotaipkan Kadazan, Dayak, Melanau dan lain-lain pula! 

Read more

Kes Kugan: Prasangka tersirat menjadi tersurat?

Kes Kugan Ananthan mati dalam lokap polis malangnya telah dipolitikkan oleh segelintir tertentu dengan mengamalkan kacamata etnik.  

Bagi pemimpin dan penyokong kumpulan Hindraf misalannya, ia satu lagi bukti bahawa orang India Malaysia terpinggir dan asyik dianiayai pihak berkuasa.  

Petikan di bawah menonjolkan pendirian Hindraf yang emosional serta lebih sudu dari kuah:  

“Hentikan hukuman ke atas kaum India Malaysia – Kugan a/l Ananthan berusia 22 tahun didapati mati semasa dalam tahanan di balai polis Subang Jaya. Apa musibah yang sedang melanda kaum India Malaysia sekarang? Tidakkah lebih senang sahaja kalau kerajaan pimpinan Umno sekaligus tangkap dan bunuh kami semua sepertimana yang dilakukan oleh pihak Nazi semasa Holocaust dulu? Sebab kami cuma warga negara kelas ketiga yang dipandang jijik, bukan? Lihatlah kecederaan pada badan Kugan yang dikenakan tatkala di balai polis … dalam zaman moden, takkanlah kekejaman sedemikian masih boleh berjadi, kecuali kepada kaum India masih yang tidak diterima di negara ini. Adakah perasaan timbang rasa hanya dihulurkan kepada saudara yang sama warna kulit, bangsa dan agama?

Read more