Salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)[i] di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP)[ii] yang diumumkan baru-baru ini adalah NKRA “Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah???.
Dengan aspirasi “tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan???[iii] Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipertanggungjawabkan menerajui NKRA tersebut berkata:
“Taraf kehidupan rakyat Malaysia bertambah baik secara signifikan sejak 50 tahun yang lalu. Kini, kurang daripada 4% rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan…. Walaupun kita berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, masih terdapat lebih daripada 200,000 keluarga diklasifikasikan sebagai miskin... Lebih daripada 40,000 keluarga diklasifikasikan sebagai sangat miskin atau miskin tegar).??? [iv]
Berdasarkan pernyataan masalah yang terkandung dalam kenyataan tersebut, kerajaan telah menetapkan NKPI[v] bagi Fasa 1 NKRA ini, seperti dalam jadual berikut:

Kerajaan menentukan insiden kemiskinan dengan merujuk ke ambang Pendapatan Garis Kemiskinan atau Poverty Line Income (PLI). PLI dibahagikan kepada dua komponen:
* PLI Makanan; dan
* PLI Bukan Makanan yang mengandungi item pakaian, sewaan, bahan api dan elektrik, pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan rekreasi sebuah isirumah.
NKPI tersebut digubal berasaskan takrifan PLI yang digunapakai seperti berikut:
KATEGORI | PENDAPATAN ISIRUMAH (RM Sebulan) | PENDAPATAN ISIRUMAH (RM Sehari) |
Miskin Tegar | Kurang daripada atau bersamaan dengan RM440 sebulan. | 15.00 |
Miskin Kurang | Kurang daripada atau bersamaan dengan RM750 sebulan | 25.00 |
(Nota: Purata ahli seisirumah ialah 4.5 anggota)
Keluarga yang hidup di bawah PLI RM750 adalah mereka yang hidup dalam kemiskinan, manakala mereka yang hidup di bawah PLI makanan RM440 diklasifikasikan sebagai golongan miskin tegar.
Ini bermakna seisirumah yang mempunyai pendapatan RM760 sebulan tidak akan diklasifikasikan sebagai ‘miskin’! Seseorang anggota isirumah tersebut dianggap dapat menampung semua keperluan makanan dan barangan dengan RM5.60 sehari.
Dokumen GTP menjelaskan bahawa takrifan tersebut ditetapkan selepas kata sepakat dan kajian kaedah baru:
“Pada masa lalu, satu daripada kekurangan yang pernah kami hadapi adalah mendapatkan kata sepakat mengenai PLI di kalangan pelbagai kementerian agensi… Selepas mengkaji kaedah yang digunakan di negara lain, kami menetapkan takrifan baru berdasarkan keadaan sosio-ekonomi khusus di Malaysia, yang akan digunapakai oleh semua kementerian dan agensi.???[vi]
Takrifan: Apa sebenarnya yang baru?
Jadual berikut membandingkan takrif PLI purata nasional yang digunakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9-KSP) dan GTP.
ISIRUMAH | RMK9 –KSP (2007) | GTP (2010) |
Miskin Tegar | RM439 | RM440 |
Miskin | RM723 | RM750 |
Jelas bahawa tiada banyak perubahan dalam PLI walaupun tempoh masa tiga tahun sudah berlalu. Adakah takrifan baru ini mengambilkira kenaikan dalam Indeks Harga Pengguna [IHP] dalam jangkamasa ini?
Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia, IHP telah naik dalam sepanjang empat tahun ini, seperti dalam jadualdi bawah:
Tahun | Jumlah | Makanan & Minuman Bukan Alkohol | Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahanapi Lain | Kesihatan | Pengangkutan | Pendidikan | Pelbagai Barangan & Perkhidmatan |
2005 (Asas) | 100.0 | 100.0 | 100.0 | 100.0 | 100.0 | 100.0 | 100.0 |
2007 | 105.7 | 106.5 | 102.8 | 103.7 | 113.5 | 103.3 | 103.2 |
2009 | 112.1 | 120.7 | 105.9 | 108.4 | 112.0 | 108.3 | 110.6 |
Secara purata IHP telah naik sejumlah 7% pada 2009 berbanding tahun 2007. Yang lebih penting komponen ‘makanan dan minimun’ telah naik ketara sejumlah 14.2 peratus.
Sekiranya kadar ini diambilkira dalam menentukan PLI bagi isirumah ‘miskin tegar’, PLI RM440 yang ditetapkan kini tidak memadai. Ia patut sekurang-kurangnya RM502 sebulan. Begitu juga sekiranya komponen IHP makanan diambilkira, maka PLI bagi isirumah ‘miskin’ hendaklah sekurang kurangnya RM825 sebulan.
Apakah kaedah PLI yang dikaji?
PLI Antarabangsa yang digunapakai oleh Bank Dunia bagi negara pendapatan sederhana (middle income countries) ialah USD2.00 seorang sehari. Berdasarkan kadar ini, PLI nasional untuk kategori isirumah miskin seharusnya RM900 sebulan.[vii]
Sekiranya PLI ditetapkan pada tahap RM900, maka bilangan isirumah yang sebenarnya perlu dikategorikan ‘miskin’ ialah 550,000 berbanding dengan 200,000 yang disebutkan oleh GTP. Kadar kemiskinan yang tepat ialah 8.65% dan bukan 3.6% seperti yang dinyatakan kerajaan.
Memang benar, kaedah perkiraan PLI ada perbezaannya di antara negeri. Akan tetapi ‘benchmark’ yang digunakan untuk menetapkan PLI oleh kebanyakan negara membangun dan yang dicadangkan oleh Bank Dunia ialah 50% purata pendapatan isirumah dalam sesebuah negara.[viii]
Pada tahun 2007, purata pendapatan isirumah negara ialah RM3,856. Purata untuk kawasan Bandar ialah RM4,356 dan Luar Bandar ialah RM2,283. Maka purata PLI nasional seharusnya RM 1,800 dan RM2,010 bagi kawasan Bandar serta RM1,150 bagi kawasan Luar Bandar.
Tambahan pula PLI nasional yang diumumkan nyata tidak mengambilkira perbezaan ketara dalam kos kehidupan di antara kawasan Bandar dan Luar Bandar. Laporan Perbelanjaan Isi Rumah 2004-2005 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah menetapkan bahawa perbelanjaan sebuah isirumah di Bandar adalah 1.8 kali ganda berbanding sebuah isirumah di Luar Bandar.
Pada hakikatnya PLI yang ditetapkan oleh Kerajaan dalam NKRA-GTP tidak membayangkan bahawa satu kajian mendalam telah dibuat sebelum ianya diputuskan. Apapun proses yang dilalui, PLI tersebut adalah tidak realistik.
Isirumah Pendapatan Rendah GTP mengklasifikasikan isirumah pendapatan rendah “kurang daripada atau bersamaan dengan RM2,000 sebulan.???
Takrifan ini juga nampaknya tidak mengambilkira beberapa pengumuman dasar oleh kerajaan pada tahun 2009, khususnya mengenai masalah kemiskinan penduduk di Bandar.
Pada Ogos 29, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Kerajaan akan melibatgandakan usaha bagi membantu golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar. Muhyiddin menjelaskan bahawa pendapatan RM 3000 bukan satu yang mencukupi bagi penduduk bandar oleh kerana kos hidup di bandar adalah tinggi. [ix]
Pada Okt 26, Menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam satu temuramah dengan akhbar tempatan telah mengumumkan bahawa kerajaan telah menetapkan RM3,000 sebagai PGK (PLI) untuk isirumah di kawasan Bandar.[x]
Apa yang penting ialah dokumen GTP sendiri mengakui bahawa:
“Walaupun ada sesetengah pihak mungkin merasakan pendapatan bulanan isirumah RM2,000 adalah agak selesa, realitinya adalah kos sara hidup semakin meningkat dan ia mengekang kuasa berbelanja kumpulan ini dan seterusnya meningkatkan kesukaran hidup.??? [xi]
Jadi kenapa RM3,000 tidak digunakan bagi mengklasifikasikan isirumah pendapatan rendah? Nampaknya jawapan sebenar terkandung dalam dokumen yang sama:
“Kemungkinan, gaji minimum boleh berdasarkan PLI RM750 sebulan… Sementara kami membuat kajian, sebarang tindakan tidak akan diambil sebelum 2012, dan jika berlaku pun ia akan diperkenalkan secara berperingkat, supaya tidak memberi kejutan kepada majikan.??? [xii]
Jelas bahawa kepentingan majikan telah diutamakan dan bukan kepentingan “rakyat didahulukan???!
Bagi mencapai visi ‘tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan’, kerajaan harus mengkaji semula NKRA “Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah??? dalam menggubal Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (2011-2015). Takrifan PLI yang digunakan dalam GTP harus diubahsuai bagi mencerminkan keadaan sebenar sosio-ekonomi isirumah di yang tergolong di kalangan 40% terbawah dalam masyarakat kita.
Dengan itu NKPI bagi NKRA tersebut seharusnya dirombak semula supaya dapat menangani masalah kemiskinan dalam negara dengan lebih berkesan.
______________________________________________