Kata Mukhriz Mahathir menurut laporan, sekiranya rakyat Kedah mengasihi ayah beliau, janganlah kecewakan Dr M kali kedua. Akibatnya internet meribut lagi dengan kutukan. Kenapa Mukhriz kecenderongan mencari pasal, tak tahulah aku.
Pada sejarah, Dr M adalah terang-terang orang yang paling dikutuk dalam sejarah seluruh Gugusan Kepulauan Melayu, jauh lebih berbanding dengan Marcos. Kerana ada Internet, kutukan sepertinya wujud sebagai dokumen yang sah dan yang dapat dikira.
Pada sejarah tidak wujud sebarang gerangan yang lebih dikutuk berbanding ayah Mukhriz, Dr Mahathir Mohamad, dalam sejarah Gugusan Kepulauan Melayu dan barangkali juga seluruh Nusantara. Itu yang sebenar.
Sekarang kita paling ke subjek lain. Malaysia sedang menuju ke arah penentuan apakah Barisan Nasional (BN) akan terus memerintah, satu soalan yang padaku semakin membosan kerana aku sudahpun membuat kesimpulan pilihanraya kali ini tetap sengit dan sekiranya BN menang, kemenangannya tak mungkin dipertahankan pada pilihanraya umum ke-14 nanti.
Pendek kata, nyawanya berada pada hujung pena kerana ianya sudah ditelan korupsi yang melampau dan prestasinya terganggu oleh hubris dan institutional dysfunction. Dalam Umno undi diperniagakan dari peringkat cawangan sampai ke awanan presiden.
Parti perjuangan politik apakah itu? Apakah ianya berdaya untuk memimpin sebuah bangsa dan negara melalui liku-liku dan ribut taufan peperangan? Malaysia kelihatan semakin capek setelah hutang negara mendekati garis krisis 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK).
Negara ini tidak lagi dihormati walau sekitar Asean. Kemajuan tempahan Dr Mahathir tidak sustainable. Malaysia telah kembali menjadi sebuah negara yang bergantung kepada perolehan komoditi dan harga komoditi turut terduga pada masa ini. Perkarangan industri sedang menanti sisipan recession yang sudahpun mula melanda, membikin masa depan ekonomi negara kabur bagai diliputi kabus sehingga menduga PM Najib Tun Razak apakah hendak adakan pilihanraya umum ke-13 segera atau menanti sampai bulan Mac tahun depan.
Amerika, Eropah dan Jepun, tiga sekawan yang telah menakluk ekonomi, kewangan dan kemajuan industri/pasaran dunia sekarang tertunda-tunda bagai baur-baur di tengah gelora samudera. Panik kuasai pandangan sebilangan pemerhati yang telah memperlihatkan Republik Rakyat Cina (RRC) dan India turut berada pada pinggir penguncupan ekonomi kerana dua gergasi ini bergantung kepada pasaran ekspot khusus ke Amerika, Eropah dan Jepun.
RRC punyai 1.3 bilion penduduk dan India seramai lebih 1.1, yakni memanjat ke hampir 2.5 bilion daripada 7.3 bilion manusia bernyawa di bumi. Bersama Jepun, Korea Selatan dan lain-lain Harimau Timur, dua naga itu menjadikan Asia Selatan dan Timur sebagai berada pada ambang powerhouse ekonomi dunia, satu gambaran yang kerap dilontarkan.
Malangnya gambaran itu kurang tepat darihal ‘output’nya yang masih tidak sebandingan kadar output Barat. Tenaga buruh Asia masih tak terbanding tenaga buruh Barat dan Jepun dari segi kemahiran, etika dan disiplin, juga dari segi kuasa membeli dan sekaligus penglibatan dalam ekonomi. Demikian lagi pencapaian teknologi dan aplikasi teknologi tinggi pada industri dan pertanian.
Kelas pertengahan di RRC dan di India baru mencecah lebih kurang 350 juta setiapnya dan pada RRC lebih kurang 700 juta masih miskin. Jumlahnya lebih berat di India.
RRC, naga yang sekarang menjadi ekonomi kedua terbesar telah mengalami pengurangan perolehan ekspot dan pengeluaran sebilangan industri, bermakna ia perlu segera berkalih kepada ekonomi konsumer kerana recession tetap melanda bumi ini.
Jumlah kilang kecil dan sederhana yang terpaksa gulung tikar menarik perhatian. Ironinya adalah RRC akan perlu kilang-kilang kecil dan sederhana ini untuk elak pengangguran membesar. Namun ekonomi RRC masih berkembang walau pada kadar kurang 8 peratus. Ekonomi India masih mencapai pertumbuhan di antara 5.5 hingga 6 peratus.
Pada masa ini 90 peratus barang permainan kanak-kanak dalam pasaran USA adalah pembuatan RRC. India pun bergantung kepada pasaran luar. Sehubungan penghasilan perkhidmatan software komputer, sebanyak 78 peratus daripadanya tertakluk oleh pasaran US, Eropah dan Jepun. Dengan berjumlah di antara 24 peratus sampai 27 peratus ekspot India, bahaya recession yang sedang menjadi itu, justeru, tetap ketara dan besar impaknya.
RRC telah terlajak sebagai ekonomi yang bergantung kepada ekspot dan demikian juga India, dua raksasa yang dinanti-nantikan untuk membangun sebagai kuasa-kuasa terbesar di bumi yang akan mengalihkan arah Orde Dunia Baru supaya menamatkan uni-polarity dan hegemoni Amerika dan sekutunya.
Sehubungan dengan keperihalan itu, India, yang telah didekati Amerika, kini telah membuktikan minatnya untuk menyertai Shanghai Cooperation Organization (SCO) di samping lebih terpihak untuk menempah jalinan ekonomi dan tukaran teknologi dengan Rusia. India akan perlukan petroleum dan gas dari Rusia kalaulah Iran kena serang.
Ke mana akan perginya Orde Baru Dunia, justeru, menarik perhatian yang intim kerana penentuannya jelas kelihatan akan terbahagi kepada halatuju jangka pendek dan perkalihan arahnya pada jangka panjang.
Maka soalan siapakah yang akan menduduki takhta di dunia dalam pergolakan pembaharuan peta dunia dengan sfera-sfera pengaruh yang sedang ditempah ini, justeru, masih menjadi tanda tanya.
Perang asymmetric yang telah melanda Iraq, seluruh Asia Tengah dan Afrika Utara berjaya merobohkan Pakistan dan kestabilan seluruh Barat Tengah / Afrika Utara dan sekarang sudahpun sampai ke anjung kediaman kita, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Amerika Syarikat dan Nato kecundang di Afghanistan, sepertimana Rusia terpaksa berundur. Kenyataan ini membuka soalan apa akan terjadi kepada jentera-jentera perang kuasa-kuasa Barat sekiranya perang yang dijadualkan itu berjaya dibawa ke arah Perang Vietnam dan Perang Afghanistan, kedua-dua peperangan guerila yang sesuai dengan karakter rakyat?
Ringkasnya, meskipun Barat hendak meneruskan satu lagi adegan pencorakan peta dunia menurut sukahatinya, hasratnya itu kelihatan memerlukan perang yang dapat dimenanginya dengan cepat.
Amerika dan sekutunya tidak ada sebarang jaminan untuk kekal berkuasa pada jangka panjang. Malahan, dengan kewangan dan ekonomi yang uzur, yang lebih mungkin berlaku adalah pengunduran bala tenteranya, bermakna kita perlu membuat keputusan yang muktamad dari sekarang bagaimana kita bercadang hendak temui gerakan geopolitik global ini supaya kita tidak akan terhoyong-hayang bagai orang mabuk kerana tak mampu membuat keputusan – ke kiri pun bahaya ke kanan pun sama. Maka bercaklempunglah kita buat selama-lamanya, macam orang mabuk.
Di Malaysia, hutang negara dan harga runcitan barang-barang keperluan yang terus meningkat merumitkan lagi masalah agihan pendapatan dan milik harta yang telah berlaku di bawah pemerintahan Dr Mahathir sepanjang 22 tahun.
Sekarang kita dapati kemajuan yang beliau terokai tidak sustainable dan susunan masyarakat dalam wawasannya meruncing bagai rebung, yakni penguasaan golongan elit yang ekstrim sehinga membawa institutional dysfunction dan korupsi yang merajalela.
Akibatnya gelora omongan BN banyak sudah tak laku dan seperti yang kita ketahui, tiba-tiba kita diberitahu Selangor akan hadapi krisis bekalan air meskipun berpuluh-puluh bilion dibelanjakan untuk menjamin bekalannya. Rupa-rupanya mereka lewat menyediakan rawatan air yang mencukupi dan bila sudah hujan mencurah barulah payung segera hendak diperoleh.
Itu penggambaran dysfunction. Ekonomi pada yang am, pun senget.
Meskipun mantan PM, Dr Mahathir Mohamad, kedengaran berkata ekspot Malaysia semakin meningkat, bermakna ekonomi negara menjelang fajar semula, rakyat barangkali tak setuju.
Orang ramai semakin mengah. Angka pengangguran dihebahkan berada pada 2.9 peratus. Itu bukan asas masalah ekonomi yang rakyat hadapi.
Kesulitan yang berlaku khususnya berpunca pada kenaikan harga runcitan yang mengurangkan daya pembeli orang ramai. Tambahan lebih 72 peratus daripada jumlah para pekerja Malaysia beroleh gaji sebanyak RM1,500 dan yang kurang. Ini turut menjadi pada pekerja IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang 92 peratus daripadanya adalah milik kaum Cina. Pendapatan 72 peratus daripada para pekerja IKS itu berada di bawah paras kemiskinan.
Maka kesimpulan yang terdampar adalah bukan pengangguran yang menjadi hal di Malaysia pada ketika ini. Sebaliknya ekonomi negara tidak mampu bertahan dan dengan kemelesetan atau recession global yang tetap menjadi, ekonomi negara tak mungkin bertahan lama.
Malaysia sekarang lebih bergantung pada perolehan ekspot bahan semulajadi dan bukan perolehan industri. Keadaan ini tambah sulit akibat agihan pendapatan dan milik harta yang cabul.
Perang membolehkan susunan semula sfera pengaruh di dunia yang sekaligus akan merombakkan alir dagangan/kewangan. Namun demikian, satu halatuju yang terang dan yang tetap perlu diwujudkan sekiranya sesebuah negara itu akan berjaya menggunakan kesempatan untuk beroleh dasar yang membawa kemakmuran yang adil.
Amerika (dan sekutunya) sudah berperang dan sedang terus beraksi dalam satu gerakan peperangan yang global untuk merombakkan peta dunia ke arah menjadikannya sebagai hegemon (tetuan) dengan mendokong demokrasi caranya dan pasaran terbuka yang terjadual menurut peraturan WTO (World Trade Organization), yang mereka sendiri kurang mematuhi.
Garis lingkup perang Amerika ini sudahpun meluas daripada Barat Tengah dan Afrika Utara merangkumi hemisfera Timur dengan melibatkan Australia dan pakatan Anzacnya, New Zealand.
Pendek kata, ‘pertarungan tamadun’ (Clash of Civilizations) yang dilambung Samuel Huntington beberapa dekad terdahulu sudah menjadi fakta yang pejal. Namun, tamadun yang dimaksudkan oleh Huntington sudahpun berkalih. Pengaruh penerokaan dan ciptaan sains dan teknologi baru meninggalkan impak besar. Demikian lagi Barat dan Timur sudah pun berbeza setelah Soviet Union (USSR) dileburkan dan Rusia/Cina tidak lagi mendakap matlamat ideologi dan tatapemerintahan yang lama.
Tension tetap menjadi. Amerika baru-baru ini bekerjasama dengan angkatan tentera Filipina untuk menguji keazaman Republik Rakyat Cina (RRC) di gugusan Palawan yang kata Cina gugusan itu dia yang punya. Tuntutan yang bertindih sepertinya turut berlaku di antara RRC dengan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan anggota-anggota Asean (termasuk Malaysia) yang sekarang sudah tidak dapat mencapai kata sepakat sehubungan Cina kerana Cambodia segera terhutang budi pada RRC.
Dalam Laut Cina Selatan dianggarkan terdapat di antara 20.5 bilion sehingga 351 bilion tong minyak mentah dan lebih 3 trilion tonne gas. Ini harta karun. Gambaran itu tidak lengkap. Lain-lain mineral belum masuk kira-kira.
RRC adalah raksasa hemisfera ini. Ia kini merupakan ekonomi nombor dua terbesar di dunia dan negara ketiga berjaya menembusi angkasa lepas. Ia punyai kemampuan membina jet pejuang sendiri dan sudahpun mengeluarkan stealth bombers generasi kelima. RRC ada intercontinental ballistic missile dan cluster nuclear heads yang boleh sampai sasaran di utara Amerika dan kelemahannya pada angkatan lautan sedang ditampung dengan missile-darat-ke-laut yang khusus untuk mensasarkan angkatan laut USA. Sementara itu RRC sedang membina empat buah carrier sendiri. Ini kecil.
Lebih sulit, Amerika punyai daya laser yang mujarab sejauh 350 kilometer untuk membakar pejuang jet musuh dan akan ia tempatkan di Vietnam untuk mencegah RRC.
RRC orak langkah ke arah India dan Asia Tengah. Naga ini bersedia untuk menyerang India dan mana-mana pertahanan AS di Asia Tengah melalui lebih kurang 28 markas strike force yang telah dibinanya di Xinjiang selari dengan Jalan Karakoram.
Rusia pun semakin memberi perhatian kepada permasalahan markas dan pertapakan militari AS di Asia Tengah, Ukraine dan negara-negara Eropah Timur lain sambil menumpulkan daya ‘theatre defence’ (medan pertahanan) Amerika Syarikat.
Di samping itu, Rusia telah menyegerakan binaan empat buah lagi kapal selam nuklearnya yang sepaling canggih (menjadi lapan buah semuanya) untuk mengawal lautan-lautan dan sfera pengaruhnya, khusus di Cuba dan Carribean. Kekuatan laut Rusia juga kecil berbanding dengan Amerika dan sekutunya. Ia punyai hanya empat buah carrier (sebuah daripadanya telah dijual kepada RRC) dan dari segi kemajuan teknologi pun nampaknya Rusia sekarang perlu sedikit masa untuk berlumba dengan AS dan Eropah.
Untuk menampung kelemahannya ini Rusia menghidupkan semula pusat letronik dan nuklearnya di Lourdes, Cuba, pelabuhan angkatan lautnya di Seychelles dan lain-lain sebagai pencegah. Rusia mempunyai pendudukan di lautan Mediterranean pada pelabuhan Tarsus di Syria.
Jelas kelihatan daripada ringkasan ini perang yang akan berlaku ini tidak akan menuruti lorong dan lunas-lunas Perang Dunia Kedua. Kuasa-kuasa Barat tetap punyai kemampuan besar untuk menentukan kemenangan dalam jangka pendek. Kelebihan Amerika dan sekutunya adalah pada perang conventional.
Kerana itu perang global, jika ia menjadi, pasti ia akan punyai hemisfera asymmetrical dan di sinilah, secara jangka panjang, RRC dan sekutunya mempunyai kelebihan, tambahan dengan masalah kewangan dan ekonomi yang dihadapi Amerika Syarikat, zon Euro dan EU, di antara negara-negara yang terlibat akan ada sebilangan yang akan berpindah ke arah sfera pengaruh ‘Timur’. Pembayangan ‘Timur’ dan ‘Barat’ yang digunakan di sini hanyalah untuk memudahkan perbicaraan dan sama sekali tidak memberi gambaran berkaitan medan perang yang sedang berbentangan.
Ini adalah satu gerakan geopolitik yang telah bermula pada tahun 1960-an dan awal tahun-tahun 1970-an, yakni ketika Presiden Richard Nixon mengunjung RRC diiringi Henry Kissinger. Peristiwa itu boleh diterima sebagai titik permulaan perombakan ideologi dan diplomasi global sehingga membawa kepada glasnost dan perestroika Gorbachev di Soviet Union yang kesudahannya dileburkan pada tahun 1991.
Di RRC pula sempadan ideologinya dibuka luas dengan pragmatisme Deng Xiaoping yang tak kira apakah kucingnya berbulu hitam atau putih asalkan ia cekap menangkap tikus.
Dengan langkah-langkah itu ideologi, baik komunisme dan seterusnya kapitalisme, telah menjadi cacamerba. Bumi disediakan untuk lipatan baru. Sains dan teknologi telah membolos ruangan angkasa yang membuka luas sederatan pintu, baik di angkasa lepas mahupun pada yang terbuka oleh nanoteknologi yang menerokai ruang jauh lebih kecil daripada tubuh kuman.
Asas-asas tamadun telah berubah dan Samuel Huntington pun sudah dilewati zaman. Malaysia perlu pendirian yang menentu dan penentuan ini, penulis kira, tidak berupaya kita mencapai melalui mainan Dr M yang bercaklempung ke sebelah kiri dan ke sebelah kanan sejak seawal-awalnya manakala pendirian Anwar Ibrahim terang dan tetap pada Barat, khususnya pada Amerika Syarikat dengan hikmatnya, yakni ‘Life, Liberty and the Pursuit of Happiness.’
Dr M rapat sekali dengan Jepun dan Jepun adalah sekutu Amerika. Dr M turut menonjolkan dirinya sebagai ‘bestprend’ Mugabe dan Presiden Mugabe adalah seorang Marxist yang terkenal. Itulah masalah beliau yang asas. Ke mana sebenarnya yang beliau menuju adalah misteri. Wither?
Kita perlu halatuju yang pasti dalam pertembungan tamadun yang kita sedang menghadapi ini. Tidak ada masa untuk meraba-raba bagai 10 orang buta Pakistan yang dihadapkan dengan seekor gajah. Masa dan pergolakan akan bergerak pantas. Which way? Rancangan apa yang sudah disediakan? Bekalan air bersih akan cukupkah lima tahun lagi? Atau apakah kita akan mengguna air hujan? – http://naningku.blogspot.com