Kenyataan Bersama National Alliance of Bloggers (AllBlogs) dan Center for Policy Initiatives
Amaran SOS kepada Semua Rakyat Malaysia berkenaan kes Raja Petra
Dalam beberapa hari kebelakangan ini terdapat terlalu banyak berita yang tidak menyenangkan — baik yang bertulis atau lisan– seolah-olah menunjukkan bahawa Raja Petra Kamaruddin pasti akan ditahan di bawah Akta keselamatan dalam Negeri (ISA).
Kami berharap Kerajaan tidak akan memikirkan tindakan seperti ini. Bagi mengurangkan merebaknya dengan segera kemarahan dan kebimbangan rakyat — dalam dan luar negara akibat tindakan yang pendek akal ini, kami menyeru pihak berkuasa yang merancang tindakan ini supaya mendengar amaran ini, iaitu dengan segera menghentikan semua tindakan kepada Raja Petra sama ada melalui ISA atau langkah-langkah penekanan yang lain; tetapi sebaliknya memberi jaminan bahawa:
1. Tiada hasrat untuk menahan Raja Petra melalui ISA;
2. Raja Petra hendaklah diberi kebebasan untuk terus menulis berkaitan perkara-perkara penting yang dihadapi oleh negara;
3. Undang-undang zalim ISA tidak digunakan ke atas Raja Petra atau mana-mana penulis blog Malaysia yang lain sebagai hukuman kerana menyatakan pandangan serta pendapat yang bertentangan dan berbeza.
Pada hemat kami dan sekiranya Kerajaan sanggup menjalankan kajian secara bebas, mengambil kira pendapat majoriti besar rakyat Malaysia dan warga asing, Raja Petra tidak langsung dianggap sebagai mengancam keselamatan dan keamanan negara. Sebaliknya, dia sebenarnya menjadi ancaman kepada individu-individu dan organisasi tertentu yang dilihatnya terlibat dalam tindakan-tindakan tanpa peduli dan bersifat pengecut yang akan meruntuhkan negara.
Ramai rakyat Malaysia juga berpendapat bahawa laman web beliau mengandungi banyak analisis paling tajam berkaitan pelbagai kepincangan yang berlaku di negara kita. Percubaan setrusnya untuk menutup laman webnya atau menyekat kebebasan bercakap beliau bukan sahaja satu serangan kepada seorang patriot yang berani, berprinsip dan beretika tetapi tindakan Kerajaan juga akan dilihat sebagai percubaan untuk menyekat kebebasan kami mendapat maklumat dan bersuara. Tindakan ini juga akan membawa negara ke jurang pemerintahan kuku besi.
Sementara kita menghormati hak bersuara dan mendpat maklumat, kami juga menasihati semua penulis blog dan penulis online lain untuk menggunakan standard dan etika yang sama juga diharapkan daripada kalangan wartawan media tradisional. Kami tidak boleh membiarkan penipuan dan niat jahat dalam internet dan tidak hanya berpegang teguh kepada tulisan kami; kami juga mampu mempertahankan kebenaran menganai apa yang kami tulis.
Kami ingin menekankan bahawa pada pandangan kami undang-undang pada masa ini yang berkaitan dengan Hasutan dan Fitnah adalah sama-sama terpakai kepada media cetak dan media online dan seharusnya sudah memadai untuk mencegah penulisan-penulisan yang “tidak bertanggungjawab???. Justeru kami menggesa supaya Kerajaan tidak mengambil tindakan menggunakan undang undang ISA yang zalim ini untuk menjadikan penulis-penulis yang cintakan kedamaian di Malaysia ini sebagai tebusan.
Sebuah Kerajaan yang demokratik tidak akan sekali-kali melayani — apatah lagi meneruskan tuduhan-tuduhan yang telah dibuat terhadap Raja Petra. Untuk mengasingkan segala bentuk kekuatan dalam sistem undang-undang yang seringkali cenderung untuk menggunakan jentera Kerajaan yang menindas terhadap pelbagai pihak yang menentang demi kepentingan mereka sendiri, kami dengan ini menggesa:
1. Semua pemimpin dari Barisan Nasional mahupun dari Pakatan Rakyat yang berfikiran adil dan jujur supaya menyuarakan sama ada di khalayak ramai atau secara peribadi menentang sebarang percubaan menggunakan ISA terhadap Raja Petra;
2. Parti-parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat secara terbuka hendaklah menentang sebarang usaha untuk untuk menahan Raja Petra di bawah ISA;
3. Masyarakat sivil, golongan professional dan organisasi lain dan individu digesa mendesak Kerajaan memberi jaminan kebebasan bersuara kepada Raja Petra dan beraku-janji tidak menggunakan ISA terhadap beliau sama ada sekarang atau pada masa akan datang.
Kami berharap kewarasan tindakan akan terserlah dalam kepimpinan di negara kita. Sebarang tindakan yang menindas Raja Petra, terutama pada ketika ini, akan dipersoalkan atau perlu dijawab. Kami yakin ratusan ribu malah mungkin jutaan rakyat Malaysia akan berdiri teguh menyatakan tentangan mereka sekiranya Kerajaan memilih untuk menutup mulut Raja Petra melalui penggunaan ISA.
Kenyataan dikeluarkan oleh:
Ahiruddin Atan, Presiden Sementara, National Alliance of Bloggers (AllBlogs)
Dr. Lim Teck Ghee, Pengasas dan Pengarah Eksekutif, Center for Policy Initiatives
September 9, 2008
Courtesy of DIN MERICAN
________________________________________________________________________________________________
SOS on Raja Petra Kamarudin to Fellow Malaysians
During the last few days there has been an ominous and increasing crescendo of messages – written and verbal – indicating the imminent arrest and detention of fellow blogger Raja Petra Kamarudin under the Internal Security Act (ISA).
We hope that the Government is not contemplating this action. To alleviate the widespread public uproar and concern – national and international – that this shortsighted action will precipitate, we call on the authorities that may be planning this action to take heed of this SOS; to immediately cease all targeting of Raja Petra through the ISA or any other repressive measure; and to come out instead with an assurance that
1. no such ISA order is being envisaged to be served on Raja Petra
2. Raja Petra is free to continue his writings on the vital matters affecting the country
3. the draconian legislation of the ISA will not be used on Raja Petra or any other Malaysian blogger to punish them for their dissenting views and opinions.
In our view - and if the Government should care to undertake an independent survey, in the view of the great majority of Malaysians and non-Malaysians - Raja Petra in no way poses a threat to the country’s peace and security. Rather, he poses a threat to those individuals and organizations that he perceives as engaging in unconscionable and dastardly acts and activities that are bringing ruin to the nation. Many Malaysians too are of the opinion that his website contains some of the most incisive analysis on the ills that beset our nation. Further attempts to take down his website or to shackle his freedom of expression is not only an attack on a fearless, principled and ethical patriot but they will also be construed as an attempt to restrict our freedom of information and expression, a move that will take the country further down the road of authoritarianism.
While we respect the right to freedom of speech and information, we also advise all Bloggers and other online writers to exercise the same high ethical standards expected of journalists in the traditional media. We do not condone lies and malice in the Internet and should not only stand by what we write - we must be able to defend the truth of what we write.
We emphasise that in our view the current laws pertaining to Sedition and Defamation apply equally to print and online media and should be deterrent enough to check "irresponsible" writings. Hence we urge that there be no resort to a draconian law such as the Internal Security Act to hold peace-loving Malaysian writers to ransom."
A democratic government should not for one moment entertain - let alone pursue - the charges that have been leveled against Raja Petra. To isolate those forces in the system that are bent on using the repressive instruments of the state against various opponents for their own benefit, we call on
1. all fair-minded and honest leaders from the Barisan Nasional and Pakatan Rakyat parties to speak out - privately and publicly - against any attempt to use the ISA against Raja Petra;
2. component parties of the Barisan Nasional and Pakatan Rakyat to publicly oppose any intended incarceration of Raja Petra under the ISA;
3. civil society, professional and other organizations and private individuals to demand that the Government guarantees Raja Petra’s freedom of expression and undertakes not to use the ISA against him now or in the future.
We hope that good sense will prevail in our country’s leadership. Any act of repression against Raja Petra especially at this particular time will not go unquestioned or unanswered. We are confident that hundreds of thousands - if not millions of Malaysians – will stand firmly to make their dissenting views known should the Government choose to silence Raja Petra through the use of the ISA.
Statement released by
Ahirudin Attan Interim President, National Alliance of Bloggers (AllBlogs
Dr Lim Teck Ghee, Director, Centre for Policy Initiatives
Kuala Lumpur, 9 September 2008