Lebih setengah daripada golongan bumiputera di Sarawak tidak mempunyai kad pengenalan atau surat kerakyatan mahupun sijil kelahiran. Maka mereka-mereka ini tidak pernah mengundi.

Pada masa kini, Sarawak mempunyai sejumlah 924,000 penghuni yang layak mengundi. Akan tetapi, Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan bahawa seramai 470,000 orang masih tidak mendaftar sebagai pengundi.

Justeru itu, walaupun pilihan raya negeri bakal dijalankan di Sarawak – ada kemungkinan besar dalam masa yang terdekat ini – namun ia semestinya hanya berbentuk kegiatan ‘setengah demokrasi’.

Sebuah forum bertajuk ‘Hak kehidupan dan kerakyatan Bumiputera Sarawak’ akan diadakan pada malam Rabu untuk membincangkan perkembangan isu semasa di Sarawak.

Para hadirin dijemput untuk menonton sebuah tayangan video yang memaparkan keperitan hidup di kawasan pedalaman Sarawak yang belum disalurkan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, sekolah, perkhidmatan perubatan serta prasarana lain.

Pengabaian sedemikian menyebabkan golongan bumiputera, terutamanya yang bukan beragama Islam, merasa diri mereka dipinggirkan.

Lanjutan daripada Bakun

Projek Empangan Bakun sudah dijalankan lebih 10 tahun dan pembinaannya masih berterusan.

Pada bulan Januari tahun ini, Malaysia telah menandatangani suatu perjanjian dengan negeri China. Perjanjian tersebut dibayangkan sebagai boleh menggerakkan pembangunan ekonomi Sarawak berlandaskan penyusunan sumber tenaga secara menyeluruh dengan pembinaan beberapa lagi empangan.

Projek perlombongan arang batu juga akan diusahakan di negeri Sarawak. Kesemua pembangunan ini akan mengakibatkan kehilangan tempat tinggal bagi golongan bumiputera malah menjejaskan sistem ekologi.

Sarawak mempunyai hutan tropika yang paling tua di dunia; pembalakan, penebangan pokok serta penerangan tanah secara berleluasa pasti sahaja menggugat kehidupan semulajadi serta mengundang bencana alam.

Senasib dengan Orang Asli

Keadaan terdesak bumiputera Sarawak menimbulkan tanda tanya sama ada ‘hak-hak’ yang kononnya dimiliki mereka itu sekadar pada nama sahaja.

Ahli panel:

  • Wing Miku (Blogger, gerakan anti-Bakun)
  • Ooi Thean Poh (Jurutera elektronik)
  • Chen Shaua Fui (wartawan, Merdekareview.com)

akan memberi sedikit penerangan mengenai hasil pemantauan mereka baru-baru ini serta berkongsi cerita pengalaman mereka di Sarawak.

Selain itu, wakil-wakil yang membela bumiputera kawasan Bakun pula akan bercakap tentang kesulitan yang dihadapi mereka angkara sering diusir oleh kerajaan – yakni tidak banyak bezanya dengan kedudukan Orang Asli di semenjung.

Tarikh: April 7

Waktu: 8 malam


Tempat: Auditorium KLSCAH di 1, Jalan Maharajalela

Penganjur bersama: Kenyalang Power Initiative; Jawatankuasa sosio-ekonomi Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur dan Selangor; Hua Zong: A 20-Year Plan of Action for Malaysia

Pengaturcara: Chow Z Nam (pernebit TV)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Chia di talian 03-2274 6645/fax 03-2272 4089. 

 

 

Lihatlah dengan mata sendiri

Ada di kalangan warga Malaysia Barat yang beriya-iya memujuk orang Sarawak supaya menuntut ‘perubahan’ dalam cara negara ini ditadbir. Alangkah baiknya jika sebelum menuntut orang Sarawak menyokong arus perubahan, orang semenjung lebih memahami isu-isu serta lebih prihatin terhadap nasib golongan pribumi negeri itu?

Pendaftaran bagi sukarelawan untuk ‘Lawatan Demokrasi ke Sarawak’ akan berlangsung selepas forum. Para sukarelawan akan dilatih untuk mendaftar dan mendidik pengundi serta mengawasi kempen pilihan raya.